Ulasan Filem: Ngeri Ngeri Sedap (2022)

Tidak seperti tajuknya yang menakutkan, Ngeri Ngeri Sedap merupakan karya yang mirip sekali dengan Kabhie Khushi Kabhi Gham. Kisah tentang kekeluargaan, harapan mak ayah dan keinginan anak anak untuk bebas.

Filem yang bergenre komedi ini diarahkan oleh Bene Dio Rajagukguk. Ngeri Ngeri Sedap yang turut dikenali dengan tajuk Missing Home ini berlatarkan kaum Batak dan dibintangi oleh Arswendy Beningswara Nasution, Tika Panggabean, Boris Bokir Manullang, Gita Bhebhita Butarbutar, Lolox dan Indra Jegel.

Filem ini mengisahkan Pak Domu dan Mak Domu yang mana mempunyai empat orang anak. Tiga anak lelakinya sudah berjaya dan berhijrah ke kota besar. Hanya seorang anak perempuan yang tinggal bersama mereka.

Pak Domu inginkan anak-anak lelakinya pulang. Namun, pelbagai alasan diberikan. Jadi, timbul idea untuk berlakon seolah-olah Pak Domu dan Mak Domu ingin bercerai. Apa lagi, terus tiga anaknya pulang ke kampung. 

Tetapi, dari sekadar lakonan, kepulangan anak anak  untuk menghadiri sebuah pesta kesyukuran bakal memberi masalah yang tiada sia jangka.

Untuk ulasan lanjut berkenaan filem ini, boleh tonton di bawah:

Ngeri Ngeri Sedap boleh distrim di Netflix. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan