Mattel Sahkan Bakal Bikin 45 Movie Dari Permainan Dan Anak Patung Seakan 'Barbie'

Filem Barbie lakonan Margot Robbie masih belum ditayangkan. Namun, syarikat pengeluar mainan Mattel sudah pun merancang 45 filem yang bakal dibikin berdasarkan permainan dan anak patung yang dikeluarkan syarikat mereka.

Perkara ini disahkan melalui satu artikel oleh The New Yorkers yang mengesahkan bahawa pelbagai permainan yang dihasilkan syarikat gergasi itu bakal diadaptasi ke filem. Antara filem yang bakal dihasilkan ialah Barney The Dinosaur!

Selain itu, Mattel jua bakal membikin filem berdasarkan permainan kereta Hot Wheels yang turut melibatkan pengarah hebat, JJ Abram.

Malah, Mattel juga sudah memberi lampu hijau untuk membikin filem berdasarkan permainan seperti One Matchbox, Masters of the Universe, American Girl, Polly Pocket, Magic 8 Ball, Major Matt Mason, Rock 'Em Sock 'Em Robots dan View-Master.


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan