Jennifer Garner Akan Kembali Sebagai Elektra Dalam 'Deadpool 3'

Jennifer Garner akan muncul dalam filem terbaru Marvel, Deadpool 3 selepas sekian lama. Filem watak Elektra sebelum ini dibikin pada 2003 dimana watak tersebut muncul dalam filem Daredevil. Watak itu kemudiannya menerima filem solo yang dibikin pada 2005.

Pelakon yang kini sudah berusia 51 tahun itu dijangka bakal muncul melakonkan watak berkenaan dalam filem Deadpool 3 disamping Hugh Jackman dan Ryan Reynolds. Perkara ini dilaporkan oleh The Hollywood Reporter.

Deadpool 3 diarahkan Shawn Levy yang sebelum ini pernah mengarahkan Ryan Reynolds dan Jennifer Garner dalam filem Netflix, The Adam Project, Dalam filem tersebut, Jennifer Garner memegang peranan ibu kepada watak yang dilakonkan Ryan Reynolds. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan