Sekuel 'Shaolin Soccer' Diumumkan, Stephen Chow Cari Pelakon Dari Seluruh Dunia!

Pengarah komedi terkenal yang pernah muncul dengan filem Shaolin Soccer, The Mermaid, CJ7 dan banyak lagi, Stephen Chow membuat pengumuman bahawa draf pertama untuk sekuel filem Shaolin Soccer kini sudah pun siap ditulis.



Perkongsian itu dimuat naik di laman Instagram miliknya pada 22 Jun 2023 yang juga merupakan hari lahirnya. Sekuel ini diberi nama Shaolin Woman's Soccer dan mungkin akan fokus kepada pasukan bola sepak wanita.


 


Sekuel ini masih dalam proses pencarian pelakon yang bakal mengisi watak watak utama filem tersebut.



===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan