'Polis Evo 3' Benam Kutipan Sekuel Keduanya Dalam Hanya Seminggu!

Dalam masa seminggu sahaja, Polis Evo 3 kini sudah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM25 juta. Sebelum ini, sekuel kedua filem berkenaan, Polis Evo 2 berjaya mengutip RM23 juta sepanjang tayangan dalam tempoh 44 hari. Hal ini sekaligus menjadikan filem ketiga Polis Evo sebagai filem paling pantas meraih keuntungan!



Polis Evo 3 masih dalam minggu pertama tayangan. Tidak mustahil filem ini akan terus mencatatkan kutipan cemerlang di minggu kedua kelak.

Filem ini diarahkan oleh Syafiq Yusof yang mengambil kerusi pengarah daripada pengarah sebelum ini, Ghaz Abu Bakar dan Joel Soh. 

Selain gandingan Zizan Razak dan Shaheizy Sam, filem ini turut menampilkan pelakon seperti Fauzi Nawawi, Sharnaz Ahmad dan ramai lagi. Filem ini juga turut mengembalikan pelakon dari filem pertama yang tiada dalam filem pertama. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan