Netflix Beri Lampu Hijau Untuk Bikin Filem 'Extraction 3'!

Filem Extraction 2 yang kini sedang hangat ditayangkan di Netflix bakal mendapat filem ketiga. Filem yang diarahkan oleh Sam Hargrave itu berjaya mencipta aura tersendiri sekaligus memberikan Netflix untuk melabur untuk filem ketiga.



Menurut sumber, Variety, perkara ini didedahkan sendiri oleh Sam Hargrave dalam satu acara khas Netflix's Tudum.

Extraction ditayangkan pada 2020 mengisahkan tentang Tyler Rake yang cuba untuk menyelamatkan anak seorang penjenayah di India. Filem kedua Extraction yang ditayangkan mulai 16 Jun lalu pula berkesinambungan selepas itu apabila Tyler Rake cuba menyelamatkan adik kepada bekas isterinya yang berada dalam kumpulan gangster Georgia.

Sam Hargrave sebelum ini merupakan pengarah aksi yang kemudiannya menjadi pengarah dengan filem debutnya, Extraction. Filem ini diterbitkan oleh Russo Brothers. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan