'Kalau Saya Tak Masukkan Dialog 'Kerr Kerr', Hantu Kak Limah Hancur' - Kamarool Haji Yusoff

Hantu Kak Limah Balik Rumah merupakan antara filem arwah Mamat Khalid yang cukup popular. Filem tersebut ditayangkan pada 2010 dan merupakan filem terawal dalam filem filem yang menggunakan latar Kampung Pisang.



Antara watak yang melucukan dalam filem ini ialah Chomprak yang dilakonkan oleh Kamarool Haji Yusoff. Watak bomoh Siam itu menggunakan perkataan perkataan ikonik sehingga kini seperti 'keh keh keh' dan 'plawok plawok'.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa idea untuk menggunakan perkataan itu bukanlah daripada arwah Mamat Khalid tetapi dari Kamarool Haji Yusoff sendiri. Perkara ini diceritakan dalam Begitu Begini Cik Man Kamarool Haji Yusoff di Youtube Gegar.

Hantu Kak Limah tu, dia [Mamat Khalid] telefon saya pukul 10 malam, kena sampai di Kuala Kangsar 5 pagi. Sampai je terus shooting. Dapat skrip, tahu dapat watak bomoh. Terus saya masukkan ayat kerr kerr. Kalau aku tak masukkan dua ni, hancur. Sepatutnya takde 'kerr' tapi ada jampi. 

Kamarool Haji Yusof dikenali ramai melalui watak Farouk dalam filem Gila-gila Remaja pada 1986. Berasal dari Tanah Merah, Kelantan dia sudah membintangi pelbagai drama dan filem sepanjang kariernya. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan