60% Pengguna Netflix Merupakan Penonton Tegar Drama Dan Filem Korea!

Netflix merupakan laman penstriman terbesar yang mengandungi pelbagai kandungan dari serata dunia. Namun, menurut Ted Sarandos, Co-CEO Netflix, 60% pelanggan Netflix merupakan penonton drama dan siri Korea.

Konten dari Korea bermula dengan filem internasional pertama Netflix pada 2017, Okja. Selepas filem tersebut, drama dan filem Korea mula menapak di dalam penstriman itu dan menjadi pembuka jalan kepada beberapa siri Netflix Original Korea yang mencipta aura tersendiri seperti Squid Game pada 2021.

Dalam 60% tersebut, kebanyakan daripada pengguna Netflix menonton drama dan filem bergenre romantik dan pelanggan tersebut kebanyakannya bukan dari rakyat Korea sendiri. Sarandos berkata demikian dalam satu lawatan ke Korea Selatan pada 20 Jun dan 22 Jun lalu.

Tahun ini, Netflix melabur USD2.5 juta untuk konten Korea Selatan sepanjang empat tahun ke hadapan. Pelaburan itu termasuklah pelaburan berbentuk penerbitan drama, filem dan rancangan realiti. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan