Syafiq Yusof Papar Hidup Budak Flat Dalam Siri Amazon Original Pertamanya!

Selepas muncul dengan siri KL Special Force di Disney Plus Hotstar, Syafiq Yusof bakal hadir dengan siri aksi yang berkisar pasal budak flat dalam siri Amazon Original bertajuk Budak Flat. Walaupun tidak mengarahkan siri ini, Syafiq Yusof bertindak sebagai penasihat produksi. Siri ini bakal diarahkan oleh Eugene Lim, Wo Ming Jin dan Faizal Ishak.



Diterbitkan oleh Skop Production, siri ini bakal membariskan pelakon seperti Pablo Amirul, Azhiril Adzim, Nabila Huda, Aaron Aziz, Balan Kash dan Yung Raja.

Budak Flat mengisahkan tentang pertembungan antara dua geng gangster yang mana hubungan mereka diuji dengan satu pembunuhan di sebuah flat. 

Siri ini akan disiarkan di Amazon Prime tidak lama lagi. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan