'Polis Evo 3' Kaut Untung, Penerbit Beri Bayang Potensi Filem Keempat!

Setelah diperam sekian lama, filem Polis Evo 3 yang diarahkan oleh Syafiq Yusof berjaya menemui peminat. Namun, sambutan filem ini sememangnya luar biasa apabila sehari tayangan sahaja, filem ini berjaya mendapat kutipan melebihi RM3 juta. Malah, pawagam pawagam penuh dan berjaya menewaskan filem besar Hollywood yang sedang ditayangkan, Fast X.

Menjawab soalan dari Suka Filem melalui Instagram, Joel Soh, penerbit filem ini memberi bayangan bahawa potensi untuk filem keempat ada! Namun, ianya masih awal dan semestinya kayu ukur filem keempat ialah kejayaan dari segi kutipan filem ketiga ini. 

There's some ideas in the mix. But whether we move on or not, all depends on the audience support.So far, it's been very good. We Hope the momentum will continue to carry on.

Polis Evo 3 merupakan filem pertama yang menyaksikan kerjasama Skop Productions bersama penerbit Polis Evo 2, Blackflag. 

Syafiq Yusof menggalas tanggungjawab mengarahkan filem ini apabila kerusi pengarah bertukar tangan dua kali dari Ghaz Abu Bakar ke Joel Soh untuk filem pertama dan kedua. 

Polis Evo 3 kini di pawagam.  

 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan