Sekuel 'Pulau' Bakal Tampil Pelakon Indonesia, Jangkaan Tayang Tahun 2024

Walaupun mencetuskan kontroversi, filem Pulau kelihatan mendapat perhatian dari negara-negara luar Malaysia. Malah, kutipan filem berkenaan di Malaysia sendiri sudah melebihi RM3 juta sepanjang tayangannya. Disebabkan itu, penerbit filem berkenaan, Fred Chong mengesahkan bahawa sekuel filem berkenaan kini dalam pembikinan.



Menurut laporan The Star, penerbit filem berkenaan tidak kisah dengan komen negatif penonton.

The controversies surrounding the first Pulau movie never broke my spirit to produce a sequel. You can expect to see a collaboration between us (Malaysia) and Indonesia soon.

Pada ketika ini, produksi Pulau 2 dilaporkan dalam proses menyenarai pendek pelakon yang mana akan melibatkan pelakon dari Indonesia. Kisah Pulau 2 dikatakan tidak akan berkesinambungan dari filem pertama kerana mahukan sesuatu yang lebih segar. 


Pulau diharamkan di Terengganu dan dipenuhi kontroversi disebabkan adegan seksual yang dikatakan melanggar adat budaya Timur masyarakat Malaysia. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan