Studio yang pernah menerbitkan filem Pacific Rim, Legendary Entertainment telah membeli hak cipta kepada permainan Capcom yang terkenal, Street Fighter. Kini, dengan penjualan itu, Legendary Entertainment mempunyai hak untuk menerbitkan filem dan juga siri TV bagi permainan lagenda berkenaan.
Menurut The Hollywood Reporter, studio gergasi itu bakal bekerjasama dengan Capcom untuk menghasilkan filem-filem Street Fighter yang berkualiti. Malah, filem Street Fighter akan datang juga akan melibatkan orang yang pernah terlibat dalam permainan video berkenaan.
Adaptasi filem untuk permainan video sememangnya pelaburan yang berbahaya. Banyak filem adaptasi permainan video gagal di pasaran dan filem adaptasi Street Fighter yang diterbitkan pada 1994 juga antara filem yang gagal.
Kerjasama Legendary Entertainment dan Capcom ini pastinya akan berjaya untuk menghidupkan kembali Street Fighter di pawagam. Semoga kerjasama ini sukses.
===========================LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan