Reza Rahadian Antara Pelakon Yang Ditawarkan Pegang Watak Anwar Dalam 'Anwar: The Untold Story'

Filem biopik Anwar Ibrahim sudah pun rasmi dilancarkan dan akan menemui penonton Malaysia pada bulan Mei nanti. Filem yang menampilkan lakonan Farid Kamil sebagai Anwar dan Acha Septriasa sebagai Wan Azizah ini merupakan filem terbitan dua negara, Indonesia dan juga Malaysia.



Ketika peluncuran filem berkenaan, pengarah filem ini, Viva Westi mendedahkan bahawa pelakon Indonesia, Reza Rahadian merupakan antara pelakon yang ditawarkan untuk memegang watak berkenaan. 

Pelakon tersebut dilaporkan berminat untuk memegang watak kontroversi berkenaan namun terpaksa menolak disebabkan kekangan jadual. Demikian menurut laporan daripada laman YT Budiey.

Anwar: The Untold Story mengisahkan perjuangan Anwar Ibrahim menentang rasuah dan korupsi. Ianya merupakan adaptasi kisah benar yang berlaku sekitar 1998.

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan