Sekuel Terbaru Francais 'I Know What You Did Last Summer' Dalam Perancangan Studio!

Selepas filem slasher Scream (tonton sini) berjaya kembali selepas lama hilang, kini giliran filem slasher 90an I Know What You Did Last Summer pula untuk kembali bersinar. Filem yang mana dilakonkan oleh Jennifer Love Hewitt dan Freddie Prinze Jr. ini bukanlah filem yang mendapat kutipan tinggi di eranya namun berjaya mencetuskan peminat tersendiri.


Menurut Deadline, penerbit filem berkenaan, Sony kini dalam usaha membangunkan kisah untuk sekuel berkenaan. Filem ini dikatakan akan diterajui oleh pengarah Jennifer Kaytin Robinson yang pernah mengarahkan Do Revenge manakala skripnya bakal ditulis oleh Leah McKendrick.

Dengan munculnya I Know What You Did Last Summer, ianya menampakkan yang Hollywood dalam fasa mengembalikan filem filem slasher ikonik 90an dengan elemen gabungan baru dan lama. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan