Farha merupakan sebuah filem kerjasama Jordan, Sweedan dan Arab Saudi yang pernah mencetuskan kontroversi semasa permulaan tayangannya. Filem yang memaparkan tragedi Nakba yang mana merupakan hari pencerobohan tentera Israel yang melibatkan kemusnahan lebih 500 bandar di Palestin ini berjaya mendapat rating 8.3/10 di IMDB.
Walaupun kejadian yang menyebabkan lebih 700 ribu rakyat Palestin menjadi pelarian itu tidak difilemkan dengan bajet besar, kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin masih dapat dirasai.
Menurut pengarah filem ini, Darin J. Sallam, filem ini diinspirasikan dari kisah benar. Dalam satu temubual bersama Charlotte's MPR News Source,dia menyatakan bahwa watak asal yang menginspirasikan filem ini ialah Raddiyeh. Namun, watak itu ditukar kepada Farha yang memberi makna kegembiraan.
It's a story that I heard when I was a child from my mother who met the lead character. Her name was Raddiyeh (ph). But I chose Farha, which means joy, because I felt like how people talked about Palestine before 1948, it was like the joy that was stolen from the Palestinians. But it's something that I heard when I was a child, and it stayed with me.
Sebelum ini, pegawai atasan negara Israel menuduh Farha sebagai satu propaganda untuk memburuk-burukkan tentera Israel. Malah, ada yang menggesa supaya Farha diturunkan dari ditayangkan di Netflix.
Farha boleh distrim di Netflix.
0 Ulasan