DC Universe Fasa 1 Didedahkan, 10 Filem Dan Siri TV Diumumkan!

James Gunn akhirnya mengumumkan beberapa perancangan untuk DC Universe terbaru daripada DC Studios melalui satu video. Rombakan sepenuhnya pada filem filem DC ini bermula pada November 2022 apabila James Gunn dan Peter Safran dilantik sebagai CEO bersama untuk membantu naikkan dunia DC yang gagal.



DC Universe Chapter 1 ini dikenali seabagai Gods and Monsters yang akan bermula pada 2025. Warner Bros merancang 10 filem dan juga siri TV yang akan berkait antara satu sama lain. Berikut ialah filem dan siri yang dirancang.
 

Filem
  • Superman: Legacy - James Gunn menulis lakonlayar filem ini dan Peter Safran akan mengarahkan filem tersebut dan dirancang tayang pada 11 Julai 2025. Ianya bukan kisah asal usul Superman tetapi lebih berfokus kepada watak Clark Kent yang cuba mengimbangkan antara hidup sebagai superhero dan manusia biasa. Superman juga akan menjadi simbol kebaikan di dunia yang penuh kejahatan.
  • The Authority - James Gunn sedang merancang filem ini yang mana berkisar pasal watak Wildstorm. Menurut DC Studios, The Authority berkisar pasal sepasukan antihero yang mempunyai niat baik.
  • The Brave and the Bold - kisah Batman dan Robin yang menyaksikan pelakon baru mengambil alih watak tersebut. Berdasarkan idea Grant Morrison, filem ini menyaksikan watak Bruce Banner mengetahui bahawa Damian Wayne ialah anaknya. Filem ini akan menampilkan watak baru dalam keluarga Batman.
  • Supergirl: Woman of Tomorrow - filem pertama Supergirl ini mengisahkan Supergirl dari planet Krypton yang hancur.
  • Swamp Thing - kisah manusia paya yang sebelum ini pernah dijadikan siri TV.
Siri TV
  • Creature Commandos - sebuah siri animasi yang mana tujuh episodnya sudah ditulis oleh James Gunn. Filem ini akan berkisar watak Rick Flagg Sr. yang juga bakal muncul dalam filem filem aksi selepas itu bersama G.I, Robot dan Weasel.
  • Waller - Spin off kisah watak Amanda Waller dengan pelakon Viola Davis akan melakonkan watak berkenaan. Ianya akan berlaku dalam garis masa Peacemaker musim 1 dan musim kedua.
  • Lanterns - kisah yang akan berfokus kepada Hal Jordan dan John Stewart.
  • Paradise Lost - kisah prekuel untuk Wonder Woman dalam aura seakan-akan Game of Thrones. Ianya akan berfokus tentang permainan politik di Themyscira sebelum Diana muncul di dunia.
  • Booster Gold - sebuah siri yang berkisar tentang superhero berteknologi tinggi yang masih samar-samar.
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan