Babak Shah Rukh Dan Salman Khan Dalam 'Pathaan' Dirombak Banyak Kali Sebab Ini!

Pathaan berjaya mencatatkan fenomenanya sendiri apabila memecahkan pelbagai rekod dari segi kutipan. Malah, filem tersebut juga membuat kejutan apabila menampilkan Salman Khan dalam satu babak aksi filem berkenaan.

Menerusi Hindustan Times, penulis dialog filem berkenaan, Abbas Tyrewala mendedahkan bagaimana babak Shah Rukh Khan dan Salman Khan berjaya direalisasikan selepas mengalami rombakan berkali kali. Rombakan ini dilakukan supaya adanya keseimbangan antara dua pelakon tersebut di layar perak.

Kali terakhir Salman Khan muncul dalam filem Shah Rukh Khan ialah pada tahun 2018 dalam filem Zero.

Pathaan diarahkan oleh Siddarth Anand yang merupakan filem keempat dalam filem Yash Spy Universe.


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan