Pelakon Utama Sahkan 'Prey 2' Kini Dalam Perbincangan Di Pihak Studio!

Selepas filem Prey yang ditayangkan di Disney Plus berjaya mendapat pujian, kita masih tertanya tanya sama ada adakah ianya akan diteruskan dengan sekuel atau tidak. Kisah Naru ini berjaya mencuri tumpuan dan diarahkan oleh Dan Trachtenberg dari kisah yang dicipta bersama penulis lakonlayar Patrick Aison. 



Dalam satu temubual bersama Variety, Amber Midthunder ditanyakan tentang perkembangan sekuel Prey. Menurutnya, dia tidak dapat mengesahkan secara rasmi berkenaan sekuel dari dunia Predator tersebut namun dia berkata bahawa pihak studio sedang berbincang berkenaan francais berkenaan. 

I don’t have a date for you. This is not an announcement, but I’m not saying it is not. We talk all the time about a lot of things and that’s probably one. I’m ready. I loved that experience. I love that movie. And I would be happy to, you know, see where else we can take it.

Ditayangkan terus ke penstriman Hulu di Amerika Syarikat dan Disney Plus Hotstar di Asia, Prey berjaya mendapat perhatian setelah lama francais Predator tersebut tenggelam dalam filem filem yang hambar.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan