Netizen Kesan Kesilapan Kecil Yang Cacatkan Dunia 'Special Force: Anarchy'!

Syafiq Yusof kembali dengan siri Disney Plus Original pertamanya, Special Force: Anarchy. Episod pertama sudah pun boleh dilayan di aplikasi penstriman Disney Plus Hotstar dan sudah mendapat reaksi yang pelbagai.

Seorang netizen yang merupakan ahli Komuniti Suka Filem memuat naik satu gambar yang menunjukkan kesilapan yang menyebabkan dunia Republik Tenggara sedikit rosak.

Dalam gambar berkenaan, didapati bahawa pihak produksi Special Force: Anarchy terlupa untuk memadamkan alamat gudang simpanan persendirian yang beralamat di negeri Selangor Darul Ehsan.

Special Force: Anarchy merupakan sebuah kisah fiksyen yang menggunakan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk menggambarkan negara fiksyen yang dikenali sebagai Republik Tenggara. 

Special Force: Anarchy menampilkan lakonan hebat Puteri Aisyah sebagai Iman dan juga M Nasir sebagai watak antagonis. 

Stream sekarang di Disney Plus Hotstar. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan