Kevin Feige Dedah Cara Marvel Studios Selesaikan Masalah Kelesuan Filem Superhero Dalam Dunia MCU

MCU kini dalam fasa dimana filem-filemnya sudah mula merudum dan jatuh. Hal ini dikenalpasti berpunca daripada apa yang dikenali sebagai keseluan filem-filem superhero (superhero fatigue). Di MCU, menurut Kevin Feige, mereka sudah pun bersedia bagaimana untuk menghadapi masalah ini yang akan mengganggu potensi filem filem mereka.

Bercakap dalam satu podcast yang bercerita tentang saga MCU, Kevin Feige diajukan tentang hal tersebut. Dia bercerita tentang bagaimana MCU akan kekal segar dalam tempoh masa 22 tahun dia bersama Marvel Studios sehinggalah pembentukan MCU yang kini menjengah usia 15 tahun

But another way to do that is adapting them into different genres and what types of movies we want to make. And I, from sitting at USC, probably Semester 2 before your screenwriting class, Jason, and sitting in Cinema 101 and being exposed to so many different types of film that I said, 'I want to make all of these. I don't want to just make one kind of movie, I want to make all kinds of movies.' And I found that if we tell the story right, and we adapt them in a way that the audience still, knock on wood so far, is falling us along 22-plus years later with, that we can tell any types of movies that share two things. The Marvel Studios logo above the title and a seed of an idea from our publishing history.

Fasa ke 5 MCU merupakan fasa kedua dalam saga Multiverse yang akan bermula dengan filem pertamanya, Ant-man and the Wasp: Quantumania yang akan memperkenalkan watak antagonis besar, Kang the Conqueror. 


Perancangan Fasa 5 MCU akan diteruskan dengan beberapa filem seperti Guardians of the Galaxy Vol 3 yang dirancang untuk tayangan Mei 2023, dan diikuti The Marvels pada Julai. Di tahun 2024 pula, filem Captain America: New World Order akan muncul diikuti Thunderbolds sebelum diakhiri dengan filem Blade.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan