Keira Knightley Sangkakan Filem 'Pirates of the Caribbean' Lakonan Pertamanya Akan Gagal!

Filem lanun yang cukup popular dan mencetuskan fenomena yang tidak disangka, Pirates of the Caribbean turut menampilkan pelakon Keira Knightley sebagai Elizabeth Swann. Difilemkan berdasarkan permainan taman tema Disney WOrld, filem yang diterbitkan tahun 2003 itu turut menampilkan Johnny Depp dalam karakter ikoniknya, Captain Jack Sparrow. 

Dalam satu sesi temubual The Laughter & Secrets of Love Actually: 20 Years Later - A Diane Sawyer Special, penulis dan pengarah filem Richard Curtis mengimbau kembali tentang pandangan Keira Knightley mengenai filem berkenaan yang menganggap filem berkenaan akan gagal.

I remember sitting down with Keira while we were shooting and saying, 'What are you doing next?’ And she said, 'I don't think it's going to work. It's a pirate film and they always fail.

Jangkaan Keira Knightley itu meleset apabila filem tersebut berjaya mengaut USD654 juta di box office. Filem tersebut diteruskan dengan filem filem sekuel dan filem Dead Man's Chest menjadi filem Pirates of the Caribbean dengan kutipan tertinggi iaitu USD1.06 billion.

 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan