Filem 'Rush Hour' Inspirasi Kepada Penciptaan Laman Filem 'Rotten Tomatoes'

Pada tahun 1998, Hollywood buat pertamaklinya menyaksikan pelakon komedi Chris Tucker bergandingan dengan pelakon aksi Asia, Jackie Chan dalam filem Rush Hour. Filem yang berjaya mengutip USD244 juta di seluruh dunia itu merupakan filem yang memecahkan tembok populariti bagi Jackie Chan. 

Namun, filem tersebut juga membawa perubahan kepada cara penonton menilai filem juga kerana dari filem itu jugalah terinspirasinya sebuah laman rating filem popular iaitu Rotten Tomatoes.

Menurut artikel dari Looper, pencipta laman Rotten Tomatoes, Senh Duong merupakan peminat setia filem filem Jackie Chan. Duog pernah menyatakan bahawa idea untuk mencipta Rotten Tomatoes lahir akibat kekecewaannya untuk mencari ulasan filem-filem Jackie Chan sebelum Rush Hour ditayangkan.

Kegilaan Duong membaca review filem juga menyebabkan dia cuba mencipta Rotten Tomatoes yang pada asalnya lebih kepada sebuah website peminat untuk peminat. Namun, selepas filem Rush Hour ditunda, maka Duong mengemaskini laman Rotten Tomatoes dengan pautan, quote dan juga review filem filem lain sehinggalah terjadi Rotten Tomatoes seperti sekarang. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan