Kejadian Buli Jalan Raya Inspirasi Pengarah Untuk Hasilkan 'The Purge'

The Purge merupakan sebuah francais yang cukup dikenali bagi penggema filem-filem thriller. Mempunyai 5 filem, ianya juga turut mempunyai siri tv yang hanya bertahan selama dua musim. Ringkasnya, The Purge mengisahkan tentang satu hari khas yang mana semua rakyat Amerika dibenarkan untuk melakukan jenayah.

Menurut artikel Thethings.com yang memaparkan beberapa fakta mengejutkan berkenaan francais ini, pengarah The Purge, James DeMonaco pernah mendedahkan bahawa kejadian amukan jalan raya adalah antara punca kenapa dia terinspirasi untuk menghasilkan The Purge.

Dikatakan bahawa pada suatu hari, dia dan isterinya sedang memandu di jalan raya apabila ada pemandu mabuk cuba memotong kenderaannya dan nyaris menyebabkan kemalangan. Selepas kedua duanya berhenti di tepi jalan, pemandu tersebut hampir mengajak DeMonaco untuk bergasak dan akhirnya menyebabkan polis terpaksa masuk campur.

Selepas kejadian itu, isteri James Demonaco menyatakan bahawa alangkah baiknya jika ada satu hari yang dikhaskan untuk membunuh. Hal ini sekaligus menyebabkan dia mencipta The Purge yang kini dikenali ramai.

The Purge diterbitkan pada 2013 dan kemudiannya diikuti dengan The Purge: Anarchy pada 2014. Kemudiannya, ianya diteruskan dengan filem The Purge: Election Year pada 2016 dan The First Purge pada 2018. 

Francais ini dikatakan pada awalnya akan berakhir dengan The Forever Purge pada 2021. Namun, Blumhouse menyatakan bahawa filem keenam The Purge akan dihasilkan dan mengambil latar masa 5 tahun selepas kejadian filem The Forever Purge. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan