'Isi Neraka' Filem Tentangan Islam Paling Berani Lakonan Salleh Kamil!

Filem-filem islamik merupakan antara genre yang mendapat tempat dalam industri filem tempatan. Selain membawa agenda untuk menyebarkan ajaran Islam, filem filem sebegini memberi pengajaran terhadap pelbagai lapisan masyarakat dan dalam pada masa sama mendidik penonton untuk menjadi lebih beradab dalam agama.




Isi Neraka, bercakap tentang tajuknya saja kelihatan agak berani. Filem yang diarahkan oleh Jamil Sulong ini diterbitkan pada tahun 1960 dan mempunyai mesej yang cukup berani. Mungkin kita takkan dapat melihat filem sebegini berani masa kini.

Mengisahkan tentang kedatangan Islam di Tanah Melayu, filem ini turut menampilkan watak lakonan Salleh Kamil yang mengeluarkan dialog dialog yang cukup berani. Menurut sumber, terdapat satu dialog di dalam filem ini yang membuatkan pelakon Salleh Kamil menggigil seluruh badan sehinggakan terpaksa ditenangkan oleh kru.


Haji Mahadi, pelakon filem tersebut telah membaca doa dan membuat air penawar demi memulihkan semangatnya. Dikatakan bahawa Salleh Kamil menganggap dialog itu sebagai satu bencana kepada dirinya. Namun, Haji Mahadi menyatakan bahawa semua yang dilafazkan bergantung pada niat dan apa yang dilakukan tidak menjadi kesalahan besar.

Malah, Salleh Kamil juga dilaporkan beberapa kali menolak tawaran sebagai watak Wira kerana tidak berani. Namun, selepas beberapa kali dipujuk pengarah dan Haji Mahadi, dia menerimanya.


Kini, beberapa babak Isi Neraka sudah pun dipotong dan kita mungkin tidak dapat melihat babak-babak dialog panas filem berkenaan lagi. Namun, filem ini masih dapat dijadikan iktibar tentang bala dan balasan kepada penentang Islam.
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan