Hasnul Rahmat Pegang Watak Mahathir Dalam Filem Biografi Anwar!

Beberapa hari lepas, dilaporkan bahawa filem biografi Anwar Ibrahim akan dihasilkan. Lebih mengejutkan, filem tersebut bukan dihasilkan pembikin filem Malaysia tetapi sebaliknya dari Indonesia. Farid Kamil dilaporkan akan memegang watak Anwar Ibrahim manakala Acha Septriasa akan memegang peranan pasangan tokoh politik tersebut.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa judul filem tersebut bertajuk Jalan Masih Panjang. Namun, menurut laporan Mediacorp.sg, filem tersebut kini bertajuk Anwar.

Memaparkan kisah Anwar Ibrahim melawan rasuah, kisah tersebut juga bakal memaparkan detik dan tahun akhir sebelum dia dipecat dari kerajaan. 

Pelakon hebat Hasnul Rahmat juga dilaporkan akan menggalas tanggungjawab sebagai Tun Mahathir yang mempunyai peranan besar dalam perjalanan hidup tokoh politik ini.

Menurut sumber juga, Anwar kini dalam fasa akhir penggambaran semenjak bermula pada Ogos 2021 yang lalu. Ianya dijangka akan menemui penonton awal tahun 2023. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan