Farid Kamil Dan Acha Septriasa Begabung Dalam Biopik Anwar Ibrahim, 'Jalan Masih Panjang'!

Sebuah syarikat penerbitan filem dari Indonesia akan menerbitkan filem biopik perjalanan Dato Seri Anuar Ibrahim bertajuk Jalan Masih Panjang. Filem yang kini dalam proses pre production ini bakal menampilkan gabungan pelakon Indonesia dan juga pelakon Malaysia. 



Melalui satu hantaran Instagram di hansdekraker, pelakon dari Indonesia itu memuat naik foto sesi bacaan skrip pertama mereka. Turut serta dalam foto berkenaan ialah pelakon Farid Kamil yang dilaporkan akan memegang watak Anwar Ibrahim.

Watak Dato Seri Dr. Wan Azizah pula akan diperanankan oleh pelakon yang pernah popular dengan filem Heart dan Love Is Cinta, Acha Septriasa.

Buat masa ini, tidak ada maklumat banyak berkaitan pembikinan filem ini. Namun, pastinya keterujaan menantikan karya ini adalah sesuatu yang menarik.

Filem ini diarahkan oleh Viva Westi, pengarah yang mengarahkan filem Toko Barang Mantan (2020). 

 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan