KKN Di Desa Penari Extended Version Akan Ditayangkan Di Malaysia, Singapura Dan Brunei!

KKN Di Desa Penari akan kembali dengan versi tambahan 40 minit yang akan menemui penonton Indonesia bermula 29 Disember 2022. Filem yang merupakan adaptasi karya seram dari Twitter itu antara filem seram Indonesia yang mendapat kutipan tertinggi ketika tayangannya dan kini boleh distrim di Disney Plus Hotstar.



CEO MD Entertainment, Manoj Punjabi mengesahkan yang filem ini juga akan turut ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kami akan berangkat ke Malaysia, Singapura, fansnya cukup besar di sana. Pendapatan Malaysia waktu itu mencapai lebih dari 20 juta hampir 21 juta ringgit. Film indonesia terlaris jauh dibanding lain. Jadi bagi saya itu hampir 2 juta penonton di Malaysia," ucap Manoj. Mereka pastilah mau ketemu karakter-karakter ini, jadi saya mau bawa lengkap tim ke Malaysia, Singapura, supaya tepat banget momennya.

Menurut laporan Kompas.com, penggemar filem ini sememangnya agak banyak di tiga negara itu. Kutipan tayangan di Malaysia untuk filem asal sahaja sudah mencecah RM21 juta dan berjaya menjadi filem terlaris di Malaysia.

 

Dilaporkan, filem ini akan memaparkan pengembangan karakter yang lebih jelas dengan adegan-adegan baru yang tidak pernah ditonton dalam filem sebelumnya. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan