Fattah Amin Diberi Tanggungjawab Pegang Watak Sultan Mahmud Dalam Filem 'Tun Teja'

Pelakon yang dikenali dengan watak Awang dalam filem Mat Kilau (tonton sini) bakal mencetuskan fenomena baru apabila diberi tanggungjawab untuk memegang watak Sultan Mahmud dalam filem animasi Tun Teja. 



Menurut Yahoo! News, Fattah Amin menganggap projek ini ialah sesuatu yang baru untuknya. Dia juga berharap bahawa kisah kegemilangan Sultan Mahmud Shah akan membolehkan para kanak-kanak mempelajari dan memahami sejarah figura terkenal itu.

Walaupun hanya meminjamkan suara untuk watak itu, Fattah Amin menjelaskan bahawa dia akan mempersediakan diri untuk watak berkenaan dan akan memberikan yang terbaik.

Tun Teja merupakan kisah animasi yang berkisar tentang puteri Pahang yang terkenal sekitar kurun ke 15. Buat masa ini, tiada khabar berita tentang siapakah yang akan memegang watak Tun Teja. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan