Aaron Aziz Dedah Nama Watak Dalam 'The Original Gangster'!

Syamsul Yusof yang sebelum ini mengarahkan Mat Kilau (tonton sini) bakal tampil dengan filem aksi gangster terbaru, The Original Gangster. Walaupun filem ini bakal menampilkan muka-muka yang kebanyakannya pernah membintangi KL Gangster, ianya ialah filem gangster yang berbeza.

Pelakon yang bakal terlibat dalam filem terbaru arahan Syamsul Yusof, The Original Gangster, Aaron Aziz mendedahkan yang dia akan melakonkan watak yang dikenali sebagai AG. Tidak mendedahkan sama ada watak itu ialah watak antagonis ataupun watak prontagonis, Aaron Aziz dilihat sudah pun bersedia dengan latihan seni bela diri melalui satu perkongsian video di laman Facebooknya. 


The Original Gangster merupakan filem pertama Syamsul Yusof di bawah syarikat penerbitannya sendiri. Filem ini turut membariskan pelakon hebat seperti Yayan Ruhian, Beto Khusyairi, dan juga Adi Putra.

Buat masa ini, tiada tarikh tayangan untuk filem ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan