Pelakon aksi popular Indonesia, Yayan Ruhian mendedahkan yang dia menerima pelawaan penerbit Studio Kembara untuk berlakon dalam filem Mat Kilau (tonton sini) selepas mendengar khabar bahawa filem itu akan diarahkan oleh Syamsul Yusof.
Bercakap dalam sesi temubual bersama CGV Kreasi dalam mempromosikan filem ketiga lakonannya di Malaysia itu, Yayan Ruhian mendedahkan bagaimana dia boleh menerima pelawaan Studio Kembara untuk berlakon dalam filem berkenaan.
Setahun sebelum mula produksi Mat Kilau, saya berbincang dengan penerbit. Pertemuan kali kedua, saya dapat khabar bahawa Mat Kilau akan diarahkan oleh Syamsul Yusof. Terus saya bersetuju.
Nampaknya, pengaruh Syamsul Yusof begitu besar sehinggakan pelakon yang turut terlibat dalam filem Hollywood, John Wick 3 ini turut bersetuju untuk terlibat dalam filem terbitan produksi Malaysia.
Semoga hubungan antara Syamsul Yusof dan Yayan Ruhian terjalin erat dan dapat bekerjasama di dalam filem filem akan datang. Dalam temubual yang sama, Syamsul Yusof sedang dalam perbincangan untuk menampilkan Yayan Ruhian dalam filem terbarunya, The Original Gangster (baca sini).
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================






0 Ulasan