Sudah ditayangkan bermula 8 September 2022, filem terbaru arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 3 nampaknya berjaya mencatatkan kutipan yang membanggakan untuk tayangan awal filem tersebut pada 7 September di beberapa pawagam terpilih.
Menurut Instagram Syafiq Yusof, filem ini sudah pun berjaya mengutip RM1.2 juta pertama untuk filem ini. Nampaknya, selepas ini, kutipan filem Abang Long Fadil akan semakin bertambah!
Abang Long Fadil 3 merupakan filem ketiga dalam francais Abang Long Fadil yang berasal daripada universe KL Gangster. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada 2020 namun ditunda disebabkan pandemik.
Filem ini dibarisi pelakon hebat seperti Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan dan ramai lagi!
===========================LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================






0 Ulasan