Syafiq Yusof Bidas Teori Peminat Abang Long Fadil Di Hospital Mental

Sebelum ini, disebabkan pertukaran genre dan kisah dalam dua filem Abang Long Fadil, ramai peminat filem mengandaikan bahawa filem-filem Abang Long Fadil ini memaparkan watak Fadil yang berada di wad mental. Setiap filem-filem Abang Long Fadil pula dikatakan sebagai imaginasi Fadil ketika berada di situ.



Dalam satu temubual bersama Buzzpop TV (tonton sini), Syafiq Yusof menyatakan yang teori itu tidak benar sama sekali dan setiap filem Abang Long Fadil berpijak di bumi yang nyata.

Tak. Tak betul. Actually satu reason kenapa saya switch karakter sebab saya ada interview special branch punya people. Diorang punya background punya ada yang gangster, ada yang pelakon extra dan pelbagai. So, untuk jadi spy, perjalanan dia pelbagai dan make sense bagi watak Abang Long Fadil. 

Abang Long Fadil merupakan filem aksi terbaru arahan Syafiq Yusof yang kini sudah pun ditayangkan di pawagam. Filem ini berjaya mengutip RM3 juta dalam tayangan hari pertamanya.

Syafiq Yusof sebelum ni pernah hadir dengan filem Penunggang Agama (tonton sini) dan Penunggang Agama 2 (tonton sini)


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan