Siapkan Sebab Guna 'Duit Rakyat', Aziz M. Osman Jelaskan Kenapa CGI Filem 'XX-Ray 3' Teruk!

Filem XX-Ray 3 merupakan filem yang cukup dikritik hebat oleh penonton di ketika tayangannya pada 2019 yang lalu. Filem yang merupakan sekuel ketiga kepada filem XX-Ray (tonton sini) dan XX-Ray 2 (tonton sini) merupakan filem yang dikritik kerana visual dan CGI yang teruk.

Dalam satu temubual bersama Raksasa Manja di saluran Youtube mereka, Aziz M. Osman berkongsi sebab kenapa CGI filem berkenaan begitu teruk.

Menurutnya, XX-Ray 3 menggunakan dana FINAS sebanyak RM1 juta untuk penggambaran termasuk di lokasi luar negara iaitu Jordan. Dana selebihnya pula diperoleh daripada seorang funder yang mana bertanding dalam satu pilihan raya.

Disebabkan kekalahan ahli politik itu dalam pilihan raya itu, funder tersebut telah menarik diri. Disebabkan tanggungjawab kerana telah menggunakan dana 'duit rakyat' iaitu duit FINAS, Aziz M. Osman terus menyelesaikan filem berkenaan dengan apa yang ada.

Tidak hairanlah kenapa produk akhir nampak murahan dan juga teruk. 

Filem XX-Ray 3 berjaya mengutip RM56 ribu sahaja sepanjang tayangannya pada tahun 2019. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan