'Malbatt: Misi Bakara' Mungkin Jadi Filem Ketenteraan Terakhir Saya - Adrian Teh

Adrian Teh, pengarah filem yang cukup terkenal dengan filem Paskal dan juga Wira menyatakan yang dia mungkin akan menjadikan Malbatt sebagai filem ketenteraan terakhir baginya. Menurut laporan Kosmo Digital, dia merasakan sudah penat dengan genre tersebut dan ingin berehat.



Pengarah ini sememangnya terkenal dengan filem bercorak aksi yang berjaya mencatat kutipan memberansangkan. Walaupun begitu, dia pernah mengarahkan filem komedi, Pasal Kau (tonton sini)

Perkara itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Tetapi tekanan itu bagus untuk saya beri yang terbaik. Mungkin ini akan menjadi filem ketenteraan saya yang terakhir kerana bukan mudah dan saya cukup penat,

Malbatt: Misi Bakara merupakan filem yang mengisahkan tentang tragedi Black Hawk Down dari kaca mata pasukan tentera Malaysia. Filem ini dikhabarkan akan mendedahkan kebenaran disebalik kisah tersebut yang didakwa disembunyikan pihak barat.

Filem ini dijangka akan tayang 2023.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan