'Malbatt: Misi Bakara' Kini Filem Termahal Pernah Dibikin Mengalahkan Kos 'Mat Kilau'

Filem terbaru Adrian Teh, Malbatt: Misi Bakara kini menjadi filem dengan kos pembikinan paling mahal di Malaysia mengalahkan kos penerbitan filem Mat Kilau. Filem ini merupakan filem yang bakal mengangkat tragedi Black Hawk Down tetapi dari sudut pandangan Malaysia.

Menurut laporan Kosmo Digital yang melaporkan, antara punca filem ini menelan belanja yang tinggi disebabkan faktor uniform tentera yang dibikin khas untuk filem ini. 

Naskhah ini menelan belanja yang tinggi kerana uniform tentera dalam filem ini tidak lagi dipakai oleh tentera Malaysia. Disebabkan tidak boleh menyewa pakaian tersebut, kami perlu menempah khas dari Indonesia. Selain itu, kami juga perlu membina semula kelengkapan ketenteraan ketika penggambaran di Turki.

Malbatt: Misi Bakara merupakan filem yang diadaptasi dari kisah benar tragedi Black Hawk Down dan dibarisi pelakon hebat seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae dan ramai lagi.

Filem ini akan ditayangkan pada 2023. Adrian Teh sebelum ini pernah muncul dengan filem komedi Pasal Kau (tonton sini).

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan