Syamsul Janji Kisah Dato Maharaja Lela Dalam 'Pasir Salak' Bakal Jadi Paling Epik


Syamsul Yusof sebelum ini menyatakan sudah berbincang dengan anak Tran Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin untuk menyambung karya kisah Pasir Salak yang tertangguh semenjak 1993. Filem yang bakal diterbitkan itu akan menjalani rombakan dari segi skrip dan juga bakal menelan kos lebih kurang RM20 juta.


Dalam satu hantaran terbar Syamsul Yusof di Instagram, pengarah yang baka hadir dengan KL Gangster 2 itu menyatakan bahawa kisah perjuangan Dato Maharajalela ialah sesuatu yang luar biasa. 


Semestinya, para peminat ternanti nanti buah tangan filem bercorak kepahlawanan ini yang bakal dihasilkan ini. Namun, peminat mungkin terpaksa menunggu sedikit lama kerana pengarah yang bakal bergelar '100 million dolar man' itu bakal hadir dengan sekuel ketiga untuk filem KL Gangster.

Buat masa ini, sinopsis mahupun pelakon yang bakal tampil dalam naskah Pasir Salak masih belum diputuskan. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan