Maya Karin Idam Jadi Mahsuri Di Bawah Arahan Syamsul Yusof

Pelakon yang pernah berlakon sebagai pontianak dalam Pontianak Harum Sundal Malam menyatakan hasratnya untuk memegang watak Mahsuri, seorang wanita yang terkenal dalam lagenda Pulau Langkawi. Perkara itu didedahkan dalam satu temubual bersama Kosmo.

Walaupun dalam nada berseloroh, Maya Karin menyatakan bahawa dia mengidamkan watak Mahsuri agak lama. Namun, tiada pembikin yang berminat untuk memfilemkan wanita yang cukup popular di kalangan penduduk pulau lagenda itu.

Sebenarnya, saya memang dah lama sangat teringin sangat nak buat Mahsuri. Kalau itu jadi kenyataan, memang sangat hebat. Kisah Mahsuri sangat menarik untuk difilemkan. So many layers (banyak lapisan cerita), betul tak betul termasuklah dongeng dan elemen sejarahnya. Kalau dapat difilemkan pada zaman sekarang, memang sangat-sangat mengujakan.

Maya Karin ernah berlakon di bawah arahan Syamsul Yusof dalam filem Munafik 2. Disebabkan itu, dia yakin pengarah itu adalah satu-satunya pengarah yang mampu untuk mengangkat naskah lagenda itu ke layar perak.

Filem Mahsuri pernah beberapa kali difilemkan iaitu pada 1959 dan juga 1989. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan