Mat Kilau Ditayangkan Di Netflix Sempena Hari Malaysia!

Filem epik kepahlawanan Malaysia arahan Syamsul Yusof kini sudah mendapat tarikh tayangan untuk laman penstriman Netflix. Sebelum ini, ura ura menyatakan Netflix menawarkan sejumlah RM7 juta untuk membeli hak penstriman filem berkenaan.



Menerusi satu video yang memberikan bayangan siri siri dan filem terbaru yang akan masuk dalam penstriman itu pada September, Mat Kilau dimasukkan sebagai sebahagian daripadanya.


Sudah pasti, ianya akan mendatangkan keterujaan untuk menonton filem tersebut di layar kecil pula.

Sama sama kita nantikan filem Mat Kilau di Netflix bermula 16 September. 

Catat Ulasan

0 Ulasan