Filem Alien Kawal Minda Manusia, 'Ceroboh' Ke Netflix 31 Ogos!

 Filem-filem tentang alien yang menakluk dunia seringkali dibikin oleh produksi Hollywood. Namun, nagaimana kalau filem bertemakan sedemikian dibikin oleh pembikin filem tempatan? Nantikan Ceroboh, filem tentang alien yang mengawal manusia yang dibikin oleh produksi Malaysia, Kuman Pictures.

Diarahkan oleh Feisal Azizuddin, filem Ceroboh mengisahkan tentang makhluk asing yang dikenali sebagai Sky Beasts yang mana berupaya mengawal minda manusia. Filem ini berkisar tentang enam watak manusia yang bersembunyi dalam sebuah bangunan usang untuk mengelakkan serangan alien berkenaan. 

Skrip filem ini merupakan pemenang pertandingan menulis skrip yang dianjurkan oleh Kuman Pictures. Ianya ditulis Chong Keng Fatt yang mana dipilih dalam kalangan lebih 100 penyertaan ketika pertandingan aitu diadakan.

Ceroboh akan ditayangkan di Netflix mulai 31 Ogos 2022. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan