Skrip 'Mat Kilau 2.0' Sudah Ada, Janji Lebih Hebat Dan Gempak!

Demam Mat Kilau masih belum reda. Setakat 11 Julai 2022 sahaja, filem arahan Syamsul Yusof itu sudah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM71 juta. Filem yang memaparkan perjuangan Mat Kilau ini nampaknya memberikan aura baru kepada industri filem tempatan selepas pandemik melanda tanah air kita.



Persoalannya sekarang, apa pula naskah selepas Mat Kilau?

Admin Suka Filem sempat menghantar beberapa soalan kepada pihak team Mat Kilau. Alhamdulillah, penerbit filem ini, En. Shahruddin Mat Dali selaku penulis skrip asal juga mendedahkan tentang permintaan peminat iaitu sekuel Mat Kilau.

Sebenarnya, sebaik skrip Mat Kilau selesai ditulis dan diserahkan kepada pengarah filem Mat Kilau pada 2018, skrip sekuel sudah pun dimulakan oleh saya. Kisah yang lebih menarik, lebih gempar dan lebih hebat.

Nampaknya, ada kemungkinan besar Studio Kembara akan merealisasikan skrip tersebut kelak selepas melihat kepada kejayaan filem Mat Kilau ini.

Tetapi, ianya agak awal untuk diperbincangkan. Sudah pasti, pihak Studio Kembara tidak akan terhenti untuk membikin filem seperti ini lagi atas permintaan para penonton.

Adakah Studio Kembara akan masih menggunakan khidmat Syamsul Yusof untuk filem kedua, semuanya masih belum diputuskan.  

Catat Ulasan

0 Ulasan