'Mat Kilau' Jadi Filem Tempatan Paling Pantas Capai Aras Kutipan RM60 Juta!

Nampaknya, filem Mat Kilau kini menjadi filem paling terlaris di pasaran filem Malaysia dan menjadi satu-satunya filem Malaysia yang berjaya melepasi paras RM60 juta. Paling menarik, jumlah RM60 juta itu diperoleh dalam masa hanya 17 hari tayangan, iaitu lebih kurang hampir tiga minggu sahaja!

Kutipan ini, jika dibandingkan dengan filem Munafik 2 yang mengutip RM48 juta dalam masa hampir dua bulan tayangan.

Ternyata, vibe filem ini dan pengaruh back to normal selepas era pandemik menjadikan filem ini sesuatu pengalaman luar biasa bagi penonton yang selama ini meninggalkan pawagam semenjak sekian lama disebabkan pandemik.


Mat Kilau merupakan naskah terbaru arahan Syamsul Yusof yang merupakan satu-satunya filem yang tidak diterbitkan dibawah lembayung Skop Production. Sebaliknya, filem ini juga merupakan filem dari Kembara Studio yang pertamakalinya menerbitkan filem sebegini dan juga mempunyai penerbit yang bukan dari background filem.

Filem yang turut menampilkan Yayan Ruhian ini kini masih boleh ditonton di pawagam. 

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan