Filem Aksi Adrian Teh Dan Hairul Azreen 'The Assistant' Ke Netflix Ogos Ini!

Filem aksi terbaru Adrian Teh, The Assistant yang ditayangkan di pawagam pada Mei yang lalu bakal menjengah Netflix pada Ogos ini. Netflix sudah mengeluarkan promosi filem berkenaan di bahagian Coming Soon aplikasi berkenaan dan ianya ialah sesuatu yang ditunggu tunggu.

The Assistant menggandingkan pelakon Iedil Zhuhrie Alaudin ataupun lebih dikenali sebagai Aidil Putra bergandingan dengan pelakon kegemaran Adrian Teh, Hairul Azreen.

Filem ini bergenre aksi dan mengisakan seorang lelaki yang ingin membalas dendam terhadap pembunuh isteri dan anaknya.

Berjaya mengutip lebih RM3 juta di pawagam, ini merupakan gabungan pertama produksi Act 2 Picture dengan Sony Pictures Entertainment Malaysia dan merupakan gandingan kelima antara pelakon Hairul Azreen dan juga Adrian Teh.

Nantikan The Assistant di Netflix mulai 19 Ogos!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan