Upload Babak 'Mat Kilau' Lebih 5 Saat Di Tiktok, Tiktokers Bakal Kena Tindakan Mahkamah

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof berjaya mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Membariskan pelakon hebat seperti Dato Adi Putra, Beto Khusyairi dan ramai lagi, filem ini berjaya mencatat kutipan pembukaan hari pertama lebih RM1 juta!



Di era ini, sudah menjadi trend memuat naik keratan filem melalui medium media sosial walaupun diketahui ianya salah disisi undang-undang. Mat Kilau juga menerima nasib yang sama apabila klip keratan filem berkenaan kini bertebaran di laman Tik Tok.

Syamsul Yusof nampaknya sudah mengeluarkan kenyataan bahawa tiktokers yang memuat naik klip video filem Mat Kilau lebih 5 saat akan berhadapan dengan tindakan mahkamah. 

Sebelum ini, Syamsul Yusof pernah melakukan tindakan mahkamah terhadap seorang remaja yang memuat naik filem Munafik 2 di laman sosial. 

Mat Kilau kini sedang rancak ditayangkan di pawagam dan merupakan filem epik sejarah pertama yang mendapat kutipan melebihi RM1 juta!

 

Filem ini juga merupakan filem pertama arahan Syamsul Yusof yang tidak menampilkan pengarah tersebut sebagai pelakon dan juga filem pertama tidak diterbitkan di bawah Skop Production.

Sokong Mat Kilau dengan menonton filem ini di pawagam dan platform sah kelak. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan