Penggusti Malaysia Muncul Di Kejohanan Gusti USA Siap Bertanjak Dan Berjaket Songket!

Pelakon dan juga penggusti tempatan profesional, Ayez Shaukat-Fonseka berjaya memecahkan rekod apabila muncul buat pertamakalinya di gelanggang gusti ternama USA. Uniknya, dia yang pernah menerbitkan spoof Squid Game itu muncul dengan identiti tempatan dengan bertanjak dan berjaket songket.



Namun, dalam satu hantaran di laman Facebooknya, dia meluahkan rasa kecewa apabila kemunculannya di peringkat antarabangsa seperti diketepikan dan di anak tirikan.

Korang boleh baca luahan hatinya di sini.

Malah, dia juga mendedahkan bahawa dia turut dijemput oleh jurulatih yang pernah melatih Dwayne Johnson, Dr Tom Prichard untuk mengajar anak didiknya di akademi di Knoxville, Tenessee.

Ayez Shaukat-Fonseka merupakan founder APAC Wrestling. APAC Wrestling pernah muncul di dalam filem pertama berkisar tentang gusti proessional Malaysia, Gila Gusti. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan