'Doctor Strange in the Multiverse of Madness' Diharamkan Di Pakistan Pula!

Selepas diharamkan tayangannya di Arab Saudi, Brunei dan juga beberapa negara Arab, filem Doctor Strange kini menghadapi pengharaman seterusnya dari negara Pakistan. Filem tersebut dijangka akan ditayangkan di negara itu pada 6 Mei 2022 namun dibatalkan.



Menurut sumber, pengharaman tersebut telah dilakukan selepas Lembaga Penapisan Filem Pakistan CBFC bersama dengan dua lagi lembaga penapis filem mengeluarkan sijil penapisan filem tersebut.

Menurut Central Board of Film Censors (CBFC), Punjab Film Censor Board (PFCB) dan Sindth Board of Film Censors (SBFC), filem itu diharamkan di negara itu kerana kemunculan watak LGBTQ dan juga dialognya.

Pengharaman ini mungkin memberi ruang kepada lima filem Pakistan sendiri yang ditayangkan pada hari sama sempena Aidilfitri untuk tidak bersaing dengan filem luar.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan