Kenapa 'Mortal Kombat' Dieja Dengan K Dan Bukannya C?

Mortal Kombat merupakan sebuah siri permainanvideo yang popular yang diterbitkan pada 1992. Permainan video yang popular ini turut menghasilkan filem mereka tersendiri pada tahun 1995 dan juga 1997. Terkini, filem Mortal Kombat dihasilkan pada 2021 yang lalu yang turut menampilkan karakter dari permainan video asal.

Ejaan Kombat jika dilihat dalam tajuk adalah salah menurut ejaan bahasa inggeris sebenar. Pernah tak terfikir kenapa ejaan Kombat bukannya Combat?

Ini penjelasannya.

Menurut Reddit, pencipta permainan video ini, Ed Boon pada awalnya menghadapi masalah untuk mencari tajuk yang sesuai. Antara nama yang dicadangkan ketika itu ialah "Kumite", Dragon Attack, "Death Blow" dan "Fatality".

Ed Boon ternampak perkataan Combat di papan putihnya tetapi dieja dengan K dan bukannya C. Ed Boon melihat perkataan itu dan rasa pelik. Namun, Steve Ritchie, designer permainan pinball ketika itu yang duduk bersama di dalam bilik kerja Ed Boon mencadangkan nama itu kepada Ed Boon.

Maka terjadilah nama Mortal Kombat.

Disebabkan perkataan Kombat tidak ada dalam kamus Bahasa Inggeris dan bukan kata yang umum, ianya membolehkan perkataan itu dihakciptakan khusus untuk permainan Mortal Kombat sahaja. Disebabkan itu, sehingga sekarang, kita tidak pernah melihat mana mana permainan video menggunakan perkataan Kombat.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan