Tayangan Filem 'Syahadan' Ditunda Sebulan Kerana Prihatin Mangsa Banjir

Filem aksi silat lakonan Al Jufree ditunda sebulan ke tarikh baru. Perkara ini diumumkan oleh pihak penerbit filem ini, Arkian Studio kepada pihak Suka Filem. Umum mengetahui bahawa filem silat yang sepatutnya ditayangkan di Astro First ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 20 Januari. Namun, kini, tidak lagi!

Syahadan telah dianjak ke tarikh baru, 17 Februari 2022 kerana sensitiviti dan keprihatinan warga filem tersebut terhadap mangsa banjir yang baru sahaja melanda negara. 

Atas dasar keprihatinan, kru dan warga yang terlibat dalam pembikinan filem tersebut telah membentuk Bridged Filem Syahadan yang juga bekerjasama dengan pihak MAPIM bagi menjalanan aktiviti bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Syahadan ialah sebuah filem seni silat yang menampilkan lakonan pertama Al Jufree. Selain itu, filem ini turut menampilkan pelakon lagenda Anuar Rahman dan juga Bob Megat!

Nantikan Syahadan di pawagam bermula 17 Februari 2022!




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan