Remake 'The Raid' Bakal Ke Netflix, Michael Bay Dan Gareth Evans Bergabung!

Remake kepada filem aksi Indonesia, The Raid kini akan ditayangkan di Netflix. Filem ini yang bakal diarahkan oleh Patrick Hughes turut melibatkan pengarah asalnya, Gareth Evans yang akan bertindak sebagai penerbit. Malah, pengarah filem aksi Michael Bay juga akan turut terlibat sebagai penerbit.



Menurut laporan Deadline, filem aksi The Raid akan mendapat sentuhan baru dari pengarah yang pernah mengarahkan filem The Expendables 3 itu. Sebelum ini, dilaporkan bahawa Joe Carnahan pernah terlibat untuk mengarahkan filem tersebut.

Namun kini, secara rasminya, Michael Bay dan Gareth Evans akan bergabung untuk menerbitkan filem ini untuk Netflix. 

We’re incredibly excited about Patrick’s unique vision for this film. It’s a distinctly original take on the material, which promises to pay great respect to the original film while also bringing a fresh approach and perspective that will set its own course in the action genre.

Filem The Raid versi remake ini akan berlatarkan negara Amerika Syarikat dan berkisar tentang kartel dadah di Philadelphia! Menurut sumber, filem remake ini menggunakan style yang sama tetapi mempunyai latar dan perubahan watak sahaja.

Semestinya agak menarik untuk melihat bagaimana Patrick Hughes cuba untuk memberi nafas baru kepada filem The Raid. Buat masa ini, bagi yang menantikan sekuel The Raid 3, Gareth Evan sudah mengumumkan bahawa tiada filem ketiga untuk trilogi asal itu.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan