Header Ads Widget

Nang Nak (1999), Filem Seram Pertama Thailand Cecah Kutipan 100 Juta Bhat Ketika Tayangan!

Siapa tak ingat dengan filem Nang Nak. Filem yang menceritakan kisah kasih sayang dan juga pengorbanan seorang isteri ini diingati kerana alur ceritanya yang begitu menyayat hati dan pada masa sama cukup menyeramkan. Malah, suatu ketika dahulu, filem ini berulangkali ditayangkan di Astro dan admin juga tidak ketinggalan untuk menontonnya.

Nang Nak, filem arahan Nonzee Nimibutr ini merupakan adaptasi daripada kisah dongeng yang dikenali di Thailand iaitu kisah Mae Nak Phra Khanong. Di Thailand, terdapat satu kuil kecil didekasikan khas untuk Mae Nak bagi mengingati kisah pengorbanannya seperti dikisahkan.

Kisah Mae Nak telah banyak dikisahkan dalam filem. Antara filem terawal yang menceritakan tentang kisah Mae Nak ialah filem Mae Nak Phra Kanong yang diterbitkan ketika era filem senyap pada tahun 1958. Selepas kejayaan Nang Nak, kisah ini turut dibikin oleh pengarah filem British dan diberi tajuk Ghost of Mae Nak.

Nang Nak diingati kerana babak-babaknya dan juga kekuatan penceritaannya. Jika nak dibandingkan dengan beberapa filem berkaitan dongeng sama, Nang Nak antara yang paling hebat. Filem yang ditayangkan pada 23 Julai 1999 di Thailand ini menjadi filem pertama berjaya mengutip kutipan 100 juta Bhat di Thailand.

Korang dah layan?



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments