Header Ads Widget

Langgan Pakej Netflix 4K, Tapi Kualiti Visual Teruk? Ni Sebabnya!

Bagi pelanggan Netflix, pastinya korang inginkan visual yang hebat setanding dengan langganan. Netflix menawarkan harga langganan dari serendah RM17 sehinggalah paling tinggi ialah RM51. Setiap harga menawarkan definisi tontonan dengan kadar berbeza setanding dengan harga.

Bagi langganan RM17, pelanggan hanya boleh menonton di gajet sahaja dan tiada penstriman HD dan Ultra HD. Namun, untuk langganan premium RM51, pakej ini menawarkan langanan dengan High Definition dan juga Ultra HD. Namun, jika anda melanggan pakej RM51 dan perasan bahawa visual anda tidak setanding langganan, anda perlu semak dengan kaedah di bawah.


Cek handphone korang support Netflix 4k atau tak... ##netflix ##netflixseries ##tutorial

Tahap Widevine ialah antara punca kenapa anda tidak dapat menonton HD dan Ultra HD pada telefon. Sesetengah telefon tidak mendapat pengiktirafan Widevine Level 1 sekaligus menyebabkan Netflix menyekat paparan HD dan hanya mengehadkan paparan resolusi 480p sahaja.

Justeru itu, apabila anda membeli telefon dan melanggan Netflix, anda harus semak dahulu Widevine level handphone korang. Jika handphone anda tidak support HD dan Ultra HD, janganlah langgan pelan yang terlalu mahal dan ianya akan membazir, kecuali jika anda langgan untuk berkongsi dengan kawan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Post a Comment

0 Comments